Friday 15 May 2015

Angan

Hola.
Dah nak habis sem dah. Sekarang minggu ke-12. Minggu yang agak sibuk tapi Lyn sempat lagi nak buat entry.

Lyn menulis entry kali ini nak bercakap mengenai minat. Sekarang Lyn mengambil coarse pendidikan (kimia). Semuanya atas perancangan mak dan ayah. Apa yang dorang suka, Lyn cuba untuk dapatkan agar dorang happy dengan Lyn. Tapi kan, sejak dua menjak ni Lyn mula minat bidang perniagaan. Serius jealous gila bila tengok budak coarse bisnes.

Kawan-kawan Lyn banyaknya nak further Master. Tapi aku tak kot. Sebab dari segi kewangan agak emm sikit. Kalau ada wang, inshaa Allah rajin nak further. Tak jaoh pun. Malaysia ni ja. Melainkan si suami tinggal luar negara, apa lagi, study abroad katakan kah kah kah. Macam dah bersuami la pulak.

Pasang niat sudah. Cuma usaha je lagi. Tamat je pengajian nanti, Lyn bekerja di pusat tuisyen, mengajar subjek sains sementara tunggu posting. Kalau rezeki ada dan dapat posting terus, Lyn nak jugak kerja sambilan mengajar tuisyen. Inshaa Allah, semuanya berjalan dengan lancar, bukaklah pusat tuisyen sendiri. Atas nama sendiri. Hehe berangan. Eh, angan tu lah pembakar semangat k?


Wednesday 11 February 2015

Well said.

"Cinta itu amat merumitkan", pernah aku dengar perkataan ini. Ya memang. Seperti apa yang aku lalui. Ego serta kemahuan membatasi segala cinta suci murni yang lahir dari hati yang luhur. Itulah yang aku ingin ucapkan!

Ya I'm not blaming you, I'm just telling the truth. Oh, not you, readers. This is specially for someone. 

Pernah aku terfikir, bermimpi, berangan-angan tinggi ingin mengecapi kemewahan. Bukan sekadar fizikal, sebenarnya MENTAL yang utama, yang berlandaskan emosi. Talking about emotional, I have love someone with wholeheartedly (if I am not mistaken the spelling of the word). Until I got to let go something that is ME for getting close to him. Ya, seperti apa yang dia cakap "korbankan sesuatu untuk sesuatu". Hah, sebenarnya aku dah pun buat, wahai homo sapien. Korbankan keinginan demi kemahuan, kemahuanku adalah KAMU. Open your eyes widely and continue reading....

Persahabatan yang kukuh, seperti adik dan kakak, gelak tawa bersama... Bayangkan bercuti dengan 7 orang sahabat sejati di suatu tempat peranginan fuhhh sangat mengembirakan. Okay, itu hiperbola, aku cuma maksudkan, aku tak mahu singkirkan sahabatku untuk aku jadikan soulmate. Yeah, it should be them too. Sahabatku semua sejantina. Aku ulang, SEJANTINA. 
Oh bukan itu sahaja, bayangkan aku menjadi ketua dalam sesuatu kelab mahupun majlis, tak payah ketua, AJK tertinggi sudah memadai. Mengikuti program ke sana ke mari, aktif sungguh. Ya, nampak menarik. 
Oh satu lagi, bayangkan kau buat yang terbaik untuk menghiburkan diri, seperti kata produk L'Oreal, " kerana dirimu begitu berharga". Okay, ini aku tak perlu cakap. Biar diriku yang memahami diriku.

Hei hati! Kau sedih ya? 

Rileks. 

Apapun yang aku taip, aku begitu susah untuk berpaling dari dia. Sebab inilah diriku. Dilatih begini dan beginilah.. Point yang aku ingin sampaikan, adakah kau masih ingin melukakan aku sedangkan aku hampir menolak keinginanku demi kemahuanku? Aku rasa aku patut berubah sekali lagi... :'( Assalamualaikum...