Monday 10 June 2013

Cuti panjang!

Assalamualaikum..
Lama dah tak tulis apa-apa kat blog. Banyak jugak benda dah berlaku. Oh ya, belum terlambat lagi nak cakap, Syazzlyn dah tamat pengajian kat matrikulasi. Bye bye Kolej Matrikulasi Selangor!

Ni dah masok sebulan lebih dah cuti. Result pun dah keluar. Syukur alhamdulillah, memuaskan hati pencapaian yang saya dah terima.

Dalam cuti ni, saya ada kena panggil untuk menduduki MEdSI test. Punyalah mak ayah bersemangat nak tolong saya. Diorang pinjam buku kat kazen saya dan beli lagi buku satu lagi untuk saya mendapatkan maklumat yang secukupnya. Thanks mom and dad! Berkat sokonganmu saya lulus ujian MEdSI dan layak untuk ditemuduga.

Hehe. Temuduga pun dah lepas. Ayah sebagai seorang guru yang banyak pengetahuan tentang bagaimana menjadi seorang guru turut membantu saya. Tapi apa yang maklumat saya cari semuanya tak ditanya dalam temuduga. Punya la spontan saya jawab. Nasib baik boleh jawab. Tu pun sekarang tengah menunggu nasib. Terserah padaNya je lagi.

Habis je temuduga keesokannya family pergi Sibu sebab kazen saya kahwin. Haha saya jadi pengapit. Okay la jadi pengapit, tak la susah mana.

Rasanya setakat ni je kot. Tak lupa juga nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu saya yang telah memberi sokongan kepada saya. Jasamu dikenang.



Hehe ni masa Skype dengan my beloved cat Tamtam. Waktu tu saya masih kat matrik. Maklom rindu ngan dia. Hai Tamtam! Purrrrrr~ :3