Assalamualaikum..
Lama dah tak tulis apa-apa kat blog. Banyak jugak benda dah berlaku. Oh ya, belum terlambat lagi nak cakap, Syazzlyn dah tamat pengajian kat matrikulasi. Bye bye Kolej Matrikulasi Selangor!
Ni dah masok sebulan lebih dah cuti. Result pun dah keluar. Syukur alhamdulillah, memuaskan hati pencapaian yang saya dah terima.
Dalam cuti ni, saya ada kena panggil untuk menduduki MEdSI test. Punyalah mak ayah bersemangat nak tolong saya. Diorang pinjam buku kat kazen saya dan beli lagi buku satu lagi untuk saya mendapatkan maklumat yang secukupnya. Thanks mom and dad! Berkat sokonganmu saya lulus ujian MEdSI dan layak untuk ditemuduga.
Hehe. Temuduga pun dah lepas. Ayah sebagai seorang guru yang banyak pengetahuan tentang bagaimana menjadi seorang guru turut membantu saya. Tapi apa yang maklumat saya cari semuanya tak ditanya dalam temuduga. Punya la spontan saya jawab. Nasib baik boleh jawab. Tu pun sekarang tengah menunggu nasib. Terserah padaNya je lagi.
Habis je temuduga keesokannya family pergi Sibu sebab kazen saya kahwin. Haha saya jadi pengapit. Okay la jadi pengapit, tak la susah mana.
Rasanya setakat ni je kot. Tak lupa juga nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu saya yang telah memberi sokongan kepada saya. Jasamu dikenang.
Hehe ni masa Skype dengan my beloved cat Tamtam. Waktu tu saya masih kat matrik. Maklom rindu ngan dia. Hai Tamtam! Purrrrrr~ :3
Monday, 10 June 2013
Saturday, 23 March 2013
Magnet Hijrah 21 Mac 2013
21 Mac 2013, satu program, Magnet Hijrah dilakukan kat Surau As-Suffi, iaitu surau dalam Kolej Matrikulasi Selangor. Dimana dua selebriti jemputan, Amin Idris dan Sham Kamikaze, menyampaikan ceramah mereka. Sepanjang malam tu, aku tertarik dengan lagu yang dinyanyikan oleh Amin Idris. Lagu tu telah dinyanyikan oleh Wali Band, tetapi beliau mengubah lagu tersebut dari segi muziknya. Muzik yang diubah penuh syahdu itu betul-betul membuatkanku turut syahdu. Wahai kawan-kawan, jom la dengar lagu ni. Sama-sama kita ingat padaNya. In shaa Allah.
AKU SAYANG
ALLAH
Andai diriku bisa seperti yang lain.
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai.
Aku lemah, tanpaMu aku lelah, aku sungguh tak berdaya.
Tolongku, tolongku ya Allah..
Setiap air mataku mengalir,
Allah, aku lemah dan tak beerti.
Setiap derai tangis membasahi,
Allah jangan tinggalkan aku lagi.
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah...