Saturday 11 August 2012

Kay Em Es #1

Don't judge a book by its cover.
"Datang ajak Sarawak". 
*If and only if you know what I mean.

Cerita Syazzlyn bukan berdasarkan ayat diatas. Hanya sampingan je tu, 'iklan'. Kalau paham, paham lah. Syazzlyn sekarang tengah cuti raya wehhh seronok gilaaaaa bagai nak terbang je. Happy jumpa mak ayah. Hehe. Dan juga kucing ku tersayang. Purrrrr~ :3 

Sudah hampir 3 bulan Syazzlyn di Kolej Matrikulasi Selangor. Hampir 3 bulan tu juga banyak benda yang berlaku. Ada yang happy, sedih, annoy, marah, BLUR.. Okay, blur. Hehe. 

Aku sudah 3 kali tukar kelas. Ulang lagi, TIGA KALI TUKAR KELAS. Ye la kan. Aku kan mengada sikit. Hah, pa pa jak la. Hmm. Mula2 aku asal dari modul 3, aliran sains hayat yang ambik subjek Biology, Kimia, Matematik & Sains Komputer. Kelas aku 313. 

Dalam masa yang sama, aku mohon untuk tukar modul 2 (Fizik, Kimia, Matematik, Sains Komputer, takde Biologi). Sebab apa? Sebab result SPM fizik lebih okay berbanding biologi. Jadi, aku terus nak ambik sains fizikal, mane la tau kan dari result SPM tu aku tau apa yang aku mampu. Bila dah dapat tukar, aku masok kelas 221.

Aku ingatkan kelas tu macam kelas modul 3, ramai perempuan. Rupa2 nya ramai lelaki berbanding perempuan. Punyalah aku janggal. Then, bila belajar fizik, aku blur. Blur sangat. Macam....... emmm. Entah la. Baru aku tau, tahap matrik dengan SPM berbeza untuk fizik. Jadi aku ubah persepsi aku, mungkin aku boleh kalau menghafal benda, iaitu, ambik subjek biologi LAGI. Ya, tukar modul 3 balik. Sengal kan? Tapi aku cuma nak cari apa yang aku mampu lahhh. 

So, aku mintak tukar balik dengan buat surat rayuan dan hantar ke pengarah Kolej. And seminggu lepas tu, rayuan aku diterima. Alhamdulillah. Aku ditempatkan kelas 333. Yeahh triple 3! Hehe. Hai 333! Hehe.

Sejak tu, aku belajar untuk mencintai subjek biologi yang punyalah banyak menghafal. Tapi, seronok jugak bila kita mendalami biologi. Serius aku cakap, aku sekarang suka biologi. Dari aku yang dulu minat fizik sebab fizik perlu kuat imaginasi baru boleh catch up, tukar ke aku yang sekarang minat benda yang kita rasa amatlah penting untuk diketahui, that's what in biology.

Bukan aku nak kata aku tak suka fizik. Aku suka fizik, cuma tahap aku dah cukup pada SPM je. If you know what I mean. Beza giler Fizik SPM dengan matrik. Sama juga Matematik. Aku ingatkan matematik yang biasa. Rupa2 nya, matematik matrik adalah addmath bagi kita. Haa, faham2kanlah. 

"Tidak salah untuk kita mencari apa yang sesuai, TETAPI, bersyukurlah dengan apa yang kita ada daripada kehilangannya suatu hari nanti"

*okay, aku terasa :3

Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment

Senang-senangkan hati anda untuk tinggalkan jejak di sini :)