Wednesday 21 August 2013

Hiyepie!


Assalamualaikum.
Hai, lama dah tak edit. Last punya entri cakap pasal cuti panjang. Tapi ceritanya lepas buat entri tu terus busy. Ingatkan benar-benar panjang cutiku. Beginilah ceritanya...


Pada suatu petang yang lalu.. Haha yela, time petang la. Pegi lepak ngan kawan bernama Norashirene. Sotsetsotset pasai bendo hok bernama SPA ni. Haha royak ganu, testing-testing. Kitorang dah apply separa perubatan kat SPA tu. Dia menantikan keputusan untuk ditawarkan ke KSKB tapi saya pulak mengatakan kecewa dengan keputusan temuduga, gagal. Sehinggakan dipanggil sekali lagi untuk ditemuduga, saya taknak dah datang. Erti kata lain, dah tawar hati nak sotset hok ni.

Pastu, balik rumah, capai fon. Got a message from my friend, Iffah, saying,
"tahniah, kitak dapat tawaran SPA, jadi Juru Xray".
 And I was like asdfghjkl. Are you kidding me? Haha no, I don't believe it, girl. Sudah la temuduga yang terbaru tu tak pergi, asal pulak kene terima. Iffah pun bagi link soh tengok. Haha. Haha. Haha. Aku tergamam. Iffah tak tipu. Bila diselidik, temuduga yang gagal dulu diperiksa semula oleh pihak yang berkenaan.

Oh begitu.. So, saya pun pegi JB.

Dah 2 minggu belajar di sana dalam Diploma Radiografi, terima mesej dari UPU, mengatakan saya ditawarkan dalam kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) dengan kepujian di UPSI!. Excited gilaaa time tu. Sampai melompat atas katil asrama. Haha! Lol.

Saya pun ambik keputusan untuk ambik je tawaran dari UPSI tu. Sebab yang tu minat & impian saya dari dulu lagi. Walaupun  menerima pelbagai kritikan dari ramai orang mengatakan ianya open market, tapi, saya tetap pilih sebab itulah sebahagian daripada jiwa saya, iaitu untuk menjadi seorang guru. In shaa Allah, nasib menyebelahi saya suatu hari nanti bila tiba masanya. Amin ya rabbal alamin.

Semoga dipermudahkan segalanya.. Amin.


1 comment:

  1. As salam
    Kos yg awk dpt 2 mmg kos utk guru sb ijazah sarjana muda pendidikan(ISMP)
    Klu kos open market ijazah sarjana muda(ISM)

    ReplyDelete

Senang-senangkan hati anda untuk tinggalkan jejak di sini :)